Monday, 4 April 2016


MAGNET JODOH

Wahhhhh...lama dah tak hapdet blog...almaklumla takde idea nak merepek apa kan...but now dah ada idea..tercetus bila dengar ceramah Prof Dr Muhaya dalam radio Kool FM mengenai magnet jodoh.

Seperti biasa juga, selagi diri ni tak kawen selagi itulah soal jodoh tak pernah hilang and selagi itulah orang sekeliling sibuk bertanya. Sampailah aku terdengar nasihat Prof Dr Muhaya...untuk menarik magnet jodoh itu kita perlu berusaha. Berusaha yang bukan dengan berpakaian seksi bagai tetapi berusaha dengan mengubah diri menjadi lebih baik. Baiki hubungan dengan Allah, sesama manusia, buat baik sesama makhluk...Insha Allah jodoh akan dipermudahkan. 

Seperti kata Prof Dr Muhaya & bagi orang yang belum bertemu dengan jodoh seperti "AKU", tulis apa ciri-ciri pasangan yang anda nak...bandingkan match ke tidak dengan diri kita. Macam aku ni...antara ciri-ciri pasangan yang aku nak adalah seperti di bawah: 

1. beragama
2. beriman (tidak tinggal solat) 
3. bertanggungjawab
4. penyayang
5. penyabar
6. rajin
7. pembersih
8. baik

and of course la aku kena jadi baik & punyai ciri-ciri di atas sebelum aku bertemu dengan jodoh aku..sebab kita akan menarik seseorang dalam hidup kita berdasarkan magnet apa yang ada dalam diri kita. Dalam masa yang sama jangan lupe untuk solat hajat minta diringankan jodoh dan pertemuan. Doa lah minta apa yang kita nak sebab doa itu adalah senjata dan perisai kejayaan hidup umat islam. Allah SWT tidak pernah jemu mendengar doa, rintihan & permintaan hambaNya.





                                                                                                                                                              :)



Tuesday, 10 February 2015

OAT

Lamanya tak merepek dalam blog ni..almaklumla aku bukan kaki blog...bila rajin & ada idea jer aku menggagahkan jari ni untuk menaip...

Tetiba jer nak buat post pasal oat kan..hemm..ni semua sbb kesan dari aku selalu sesak nafas(rasa ketat & sakit dkt bhgn dada) dlm sebulan lebih yg lepas. Seksa woo susah nak nafas ni...rasa nak pitam ada..rasa nak mati pun ada..rasa mcm nyawa tu takat tekak je..

Ok nak dijadikan citer aku gi klinik dkt opis aku (panel ok)...doc ckp angin then dia bagi aku ubat angin..so aku mkn..kurang la sikit sesak nafas aku tu..lps tu buat blk...aku 'gugel' la pulak sebab kenapa aku selalu sesak nafas...ada yg kata disebabkan angin..angin terjadi kerana ada masalah perut/usus...salah satu cara nak tau perut/usus ok ke tak kena buat rawatan scope...uishh, sakit kot rawatan scope tu walaupun kt x sedar...

Ok fine...next aku pergi plak klinik berbayar dkt negeri kelahiran aku (klinik Yan Yan - klinik yg serasi dgn aku sejak kecik)..doktor tny aku ada ambil sarapan pagi tak..aku jawab ada...dia tny aku mkn apa, aku ckp mkn nasi lemak/nasi kerabu/bihun/mee...ok doktor tu dah senyum2...dia suruh aku tukar gaya pemakanan aku..dia suruh aku makan oat setiap pagi untuk tengok kesan dari sesak nafas aku ni...kenapa doktor tu suruh aku makan oat? sebabnya adalah ini:

  • melegakan masalah angin (sakit daerah dada akibat gangguan bekalan oksigen & kekurangan darah)

Disebabkan aku ni selalu sesak nafas, aku ikut la ckp doktor...sebenarnya aku tak suka makan oat..tekak x boleh terima..sebab rasa dia tawar semacam...tp mengenangkan aku ada masalah pernafasan, terpaksa lah aku belajar telan oat ni pepagi..alhamdulillah, selepas 4 hari makan oat, aku rasa lega..rasa pernafasan aku tak ketat macam sebulan lepas...jangan ingat aku makan oat ni konon terikut gaya org barat..tidak sama sekali...

Tapi untuk aku telan oat ni, aku terpaksa mempelbagaikan tambahan makanan dalam oat tu...kalau aku makan dekat opis, aku letak madu dengan kurma...tak pun makan dgn buah-buahan..baru la boleh telan..kalau makan kosong macam tu jer..mau terkeluo blk isi perut aku...so nampak gayanya memang aku kena telan oat ni hari-hari tiap-tiap pagi kalau itu yang terbaik untuk kesihatan aku...oat, oat, oat.....ok bye..peace yo :)




~OH OAT~

Friday, 18 April 2014

Mainan Jiwa ~

Assalammualaikum,



Semanis vanilla di atasnya whipped cream 
Selalulah dengan senyummu 
Selembut mentega yang cair di bibir 
Kau lontar kata-kata manja 

Apa sebenar yang kau pendam kan 
Di dalam hati buat diri ku 
Yang tidak arif permainan jiwa 
Atau sekadar.....
Mahu mencuba kekuasaanmu 
Memukau sukma para wanita 
Yang serba naïf sepertiku 
Apakah sebenarnya 
Yang kau pendamkan di hatimu buatku 
Katakanlah dengan sebenar-benarnya
Apa yang kau pendamkan di hatimu 

Buatku………………



Hanyalah Mainan Sang Jiwa ~ 

Tuesday, 8 April 2014

Menyampah

Assalammualaikum,


Menyampah dgn orang yang bajet bagus, hebat & anggap dia je yang betul semua..eh suke hati aku la aku nak post ape pun...yang ko nak perli2 or tak puas hati tu apahal? Fb aku so suke hati aku la aku nak buat ape pon....kalau ko tak suke jangan baca and jangan komen...bagi ko fb tu bukan diari ko kan...tp bagi aku fb tu diari aku..so ko senyap & duduk diam2 boley tak? eeee..geram aku dgn ko nih..


Ya Allah ko bersihkanlah hati hambamu ini dari perasaan amarah >.< 


Monday, 7 April 2014

ISI HATI LELAKI...adakah aku tahu?

Assalammualaikum,


ISI HATI LELAKI? Apa ni? kenapa mesti isi hati lelaki pulak entry ko kali ni sedangkan ko perempuan Fana oiii..sepatutnya isi hati perempuan...hrmmm..tp aku tetap nak buat entry pasal isi hati lelaki jugak...aku tak kira... :)

So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki? Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula dengan kebencian mereka? - Bro Razzi

Lelaki selalu membuatkan perempuan sering berasa confused, confused and confused! But after I read Bro Razzi Blog...now I know about isi hati lelaki ni..huhu..korang boleh baca dekat blog Bro Razzi....http://razzirahman.com/blog/isi-hati-lelakiadakah-anda-tahu/#more-310

The situation happened to me NOW..dia pernah ckp sukakan aku, dia ckp dia nak kenal2 dgn aku dulu & tak janji sampai kawen..dia slalu panggil aku sayang (memang cair la kan), then dia cakap dia jahat, penuh dgn kejahilan & etc....situasi aku ni aku rasa mengena jer dengan situasi dalam blog Bro Razzi tu...

If this happen to me again, it seems like dah 4 kali aku dipermainkan...aku sendiri tak tahu ape yang lelaki nak..selalu memainkan perasaan aku...menggunakan aku untuk kepentingan diri lelaki itu sendiri (happened in MMU)...bermulut manis & etc..

Seriously sedih sangat bila mengingatkan balik ape yg terjadi dekat aku...adakah aku terlalu baik, terlalu lurus & terlalu senang untuk dipermainkan? But PLEASE la LELAKI..it's hurting me..sangatttt


:((

Thursday, 3 April 2014

No Title


Assalammualaikum




You can ask me same question again and again, 
yet my answer is still the same. 
I really don't know when because it is beyond my control. 

I could only make du'a so that He will ease our way. 
I hope you would do the same too 

I know this too..
when you start to love someone, 
you also start to have tears and fears.




............. >w<


Monday, 31 March 2014

FOND

Assalammualaikum,

FOND

You're my friend,
but lately I grew fonder of you,
I won't tell you though,
cause I'm afraid,
afraid of what would happen if I do,

So let's just stay like this,
in this moment,
so that we both could laugh together,

but,
one day,
I will be strong enough to say,
those three little words,
that you always asked me before,

So,
please just be who you are,
and I'll be there,
forever caring, 
and, 
forever smiling,
by your side ......


Straight to your heart >w<